Friday, August 28, 2009

Iftor Jamai'e MANS

bismillah

Assalamualaikum wbt,

Sekadar memanjangkan hebahan tentang program Iftar Jama'i yang akan dianjurkan oleh MANS ALUMNI (Alumni Maahad Ahmadi Negeri Sembilan) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah Negeri Sembilan.


Photobucket

MAJLIS BERBUKA PUASA 2009

ANJURAN
MANS ALUMNI

DENGAN KERJASAMA
SEKRETARIAT MAHASISWA TIMUR TENGAH

Tarikh: 5 SEPTEMBER 2009
Tempat: PUSAT DAKWAH ISLAMIYAH, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Bayaran: RM 40 (SEORANG)
Kumpulan Sasaran: SEMUA PELAJAR LEPASAN MAAHAD AHMADI SERTA GURU-GURU MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN

TENTATIF PROGRAM

6.30 pm: Ketibaan Dan Pendaftaran
7.00 pm: Ucapan Pengenalan Program Oleh Abdul Halim Abdul Hamid
7.20 pm: Bacaan Doa Oleh Muhammad Fakhruddin Arrazi Misni
7.30 pm: Solat Maghrib Berjemaah
7.45 pm: Ucapan Wakil Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Wakil SMATT (Sekretariat Mahasiswa Timur Tengah) dan Penasihat Program
8.00 pm: Iftar Jama'i
8.35 pm: Sesi Fotografi Dan Bersurai

MAKLUMAN PENTING

  1. Bagi yang ingin menyertai program ini, sila berikan nama anda kepada Hasziq (019-3993565) atau Khadijah (013-2003728) sebelum hari RABU (2 September 2009).
  2. Sebarang pembayaran boleh dibuat melalui akaun Najwa Shakirah Mohd Nor (Bank Islam: 14162020205298)
  3. Bagi sesiapa yang telah membuat pembayaran melalui bank, sila maklumkan kepada Nurul Hidayah Abdul Ghani (019-3992094). Resit hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
  4. Sebarang persoalan/komentar bolehlah diajukan terus kepada wakil sel pelaksana kami iaitu Khairil (019-6859272), Muazzim (013-2761997) atau Fitrina (012-2830778 @ 013-6290882).
Sekian terima kasih

source: http://www.asyrazi.blogspot.com/

Thursday, June 11, 2009

united in diversity ...

~Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah?? Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini? Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya...~

--tiada kaitan dengan entry di bawah--

Salamun 'alayk...

Nothing much to share in this entry...

juz this afternoon in my 3 hour Islam, Knowledge and Civilization class (UNGS 2040)

a brother pointed out a fact which to me is very interesting indeed.

He touched on brotherhood.

He told us that, in Islam, all of us love each other...

but we lack respect.

Therefore, in cases of disagreement we tender to kill our brothers for their indifferences.

For example, the sunni and syiah are constantly fighting each other.

My lecturer gave his view which I think is reasonable and acceptable.

"as long as they pray to Allah, y shud we fight them? There r other major enemies around us. But we only fight our brothers. About their 'aqidah, let them be. They'r not prayin to us. but to Allah. let Him decide"

He concluded that, the westerners, even tho they love themselves more than others, but they are rich with respect.

They respect indifferences amongst them.

This is what Muslims lack.

We must be "united in diversity... not united in uniformity"

celebrate indifferences as has been laid down in Islam...

Agree to disagree on certain things. Ful Stop.

Wallahua'lam ...

Wednesday, May 6, 2009

Ke - Minda 2

Salamun' alayk ...

Prog Ke-Minda 2

Date : 30/5/09 - 31/5/09

Time : 3.00 pm - 11.30 pm

Venue : Maahad Ahamadi, German

ex-mans dialu2kan utk mendaftar sebagai fasilitator ...

sebarang pertanyaan boleh hubungi

ukhti khadijah : 0132003728

Thursday, April 30, 2009

Kenapa? Mungkin ...

Coretan rasa HuMaiRA_imtiyaz~
10/4/2009


Kenapa,

Aku malu bila bajuku koyak

tidak bila imanku rabak?


Kenapa,

Aku sering mengalah

tidak istiqomah bermujahadah?

Kenapa,

Aku selalu mengirakan pandangan insan

mengabaikan pandangan Tuhan?


Mungkin,

belum ku temui

jarum untuk ku jahit kembali

hati ku yang rabak ini

Mungkin,

belum ku di anugerahkan

petunjuk dan pedoman

dari Tuhan

atau

mungkin saja

aku yang leka

tidak peka

akan hidayahNya ...

Monday, April 27, 2009

Pesta Buku...

Salamun 'alayk...

PESTA BUKU kali ini sangat memberangsangkan ... tidak seperti tahun yang sebelumnya. Aku semakin gemar membaca... (jgn xpercaye pulak)

Kalau dulu, pergi mungkin sekali je. Tapi tahun ni 5kali... huhu.

Dah tu pergi ngan makcik2 dan ummi. Memang duit x terusik lah. Orang bayarkan.

Makin asyik-masyuk menarik buku ke kaunter.

antara buku lain di dalam koleksi ku ...

Buku kesayangan ni...





Antara yang lainnya, karya Faisal Teharani


Zikir2 Cinta (baru je habis baca ... sangat best)

Kalam Cinta kepada Tuhan



The latest book by my fav. thriller author ... RAMLEE AWANG MURSYID




Konklusinya, Pesta Buku sangat best. Di rumah sedang berpesta membaca buku. Lagi best sebab bukan guna duit sendiri... huhu

p/s: xsabar nak tunggu pesta buku thn depan ...

Wednesday, April 22, 2009

Bo0k FaiR ...

Salamun 'alayk ...

The International Book Fair held this year to me is a wonder...

I got to grab a hold on loads of interesting, motivating and inspiring books.

Here are among the books I'm having in my collection ...




1. Al-Wajiz (buku usul fiqh yang mmg lama di cari)

2. Belajar Bahasa Arab sambil ketawa

3. Nota Hati Seorang Lelaki

4. Life is and open secret (Think about it)

5. Life is an open secret (You me and we)

6. Travelog seorang Dai'e

missing in this picture,

Nik Nur Madihah (miskin bukan penghalang kejayaan)

Al-Fateh (penaklukan Konstatinople) -betol ke nih???

---> Semua buku ini sangat BEST !!! Nantikan sinopsis cerita2 yang sangat menarik ini <---

Tuesday, April 14, 2009

Kesimpulannya ...

Salamun 'alayk ...


For the last 3 entries i've been posting on my previous school teachers. They're not the only great teachers in my school. There are lots more. For instance Cikgu Abidah, Cikgu Sham, Ust. Idris, Cikgu Zerol.hiks~

However, I think 3 entries would be enough for now...


Kang, ada plak kata itu tanda2 nak ... (erkz~)


Ape yang saya nak simpulkan di sini ialah... Mari lah kita bersama2 mengingati kembali betapa besar nya jasa MANS. Institusi ini bukan saja memberi ilmu agar kita cemerlang di dunia. Bah kan ia mentarbiah kita agar menjalani kehidupan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ape lah salahnya kita pula menyumbang kan tenaga yang tak seberapa. Turun sama memeriahkan prog motivasi bulan 5 ni.

Ini kira nya antara satu khidmat yang boleh kita sumbangkan...

Allah pun berfirman :

"bersegeralah membuat kebaikan"

so,ayo lah.Beri nama,...Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita...

hiks~

p/s: dak itqans y dok kat mans pown bley gak pe... the more the merrier.

Monday, April 13, 2009

~ guru maths ku~

2. Cikgu Y

I really don't know the best word to describe this teacher. What I can say is, he's the most greatest among all.He' s really enthusiastic and very committed in teaching...

and lets start from ...


------------------------------




Naik form 4 tahap respons otak aku pada mata pelajaran matematik tak juga meningkat. Masuk form 5, keadaannya tetap serupa. Manjang fail aje. Salah satu sebabnye ialah aku ni paling malas gile buat latihan. Budget dah faham dalam kelas, so kat lua rileks lah.

Satu habit yang abnormal aku ialah,kalau orang tido baca sejarah, aku tido masa buat maths.

Aku pun xtahu kenapa aku jadi macam tu. Aku sanggup belajar sejarah 4jam. Tapi kalau maths, 1/2 jam pun aku rasa nak goal.

Cikgu ni pulak jenis yang rajin amat. Pantang kelas kitaorg kosong je, mesti dia nak masuk.

*Ughhh*

Aku lah orang yang paling tension skali.

Tapi, cikgu ni best. Dia tak selalu suruh tulis jawapan kat depan. Kalau tak mesti berganda kebencian aku terhadap subjek ni. (aku memang bengap sikit kira2 nih).

Di sebab kan aku ade la jugak mewakili sekolah. So, ape lagi, aku selalu la amik excuse untuk tidak hadir ke kelas... (geliga kan? hehe)
Ha, satu kepantangan cikgu ni, ialah, jangan sesekali cuba tido dalam kelas dia. Kalau tak,



jeng...jeng...


confirm satu blok boleh tahu yang kita tertido. Hal ni memang selalu terjadi pada aku.

Satu pagi tu, cikgu BM tak datang. Maka, Cikgu Y yang ternampak kelas aku kosong pun mengambil kesempatan yang ada untuk mengajar.

"Ok, hari ini kita akan belajar Matriks"

Sedang cikgu memberitahu tajuk yang akan di pelajari, aku menguap. Aku kira, cikgu tak nampak.

Tetapi sangkaan aku ternyata meleset. Selang 3 saat sahaja ...

"aiyooo najwa... pagi2 buto dah mengango. Esok laki ko balik, ko terbungkang terkangkang yo laie..."

"apo nak buek bang oi? terajang yo..."

aduss... laungan yang bisa membuat kan aku terjaga untuk seminggu.

yang paling tak best ialah cikgu tu tahu nama aku. So, dia sebut dengan nama2 sekali. Kalau yang dia tak kenal best la. 'kak oi' je. Tak lah malu sangat.

yang lain? tersengih2 bagai kerang busuk. Dalam hati masing2 tu dah pasang niat busuk nak kena kan aku di asrama.

Meskipun begitu, ini bukan lah insiden pertama nama aku di panggil. Al-maklumlah, aku pelajar feveret.

Cikgu ni bukan komited setakat masuk kelas if ada peluang je. Malah, dia buat kelas tambahan untuk yang terlalu 'advance' dalam Maths dan semestinya aku lah di antara calon yang tersenarai pendek.

Paling best, kelas ni di buat sejurus lepas subuh. Dalam pukul 6.40 a.m.

Macam gile di buat nya. Pagi2 je kena cepat2 pergi sekolah. Kalau adik2 nampak, mesti diaorg tego,

"akak,rajin nye pergi sekolah awal"

Aku pun cuma mampu membalas dengan senyuman sumbing ala2 madonna je lah.

Kalau lah mereka tahu hakikat sebenar nya...

Antara ayat cikgu ni yang paling best ialah kalau student terlupa bawak pembaris atau kertas graf.

"Kalau hino dino papo kedano bona, tak mampu nak boli pembaghih, ko tonyoh2 #$%^ buek jadi pembaghih"

"Bang oi, amik *$#@! yang bergaris2 tuh ko jadikan kertas graf"

Walaupun ayat2 nye ada berunsur 18sx sikit, namun hasilnya cukup memberangsangkan. Semua pelajar akan memastikan, setiap kali kelas maths, semua peralatan dah lengkap.

Yang pastinya, tiada siapa mahu kata2x di atas di tujukan buat dirinya. Semua akan pastikan diri mereka fokus sewaktu Cikgu Y mengajar.

Kalau tak, tunggu je lah line feveret nye keluar.

Namun, cikgu Y boleh di katakan guru feveret. Ramai yang sayang cikgu Y. Aku pun sayang jugak. Bila dia mengajar memang faham. (tapi aku malas buat latihan)

Katak pun dapat A bila belajar dengan cikgu ni. Nelly Furtado yang sama2 selalu fail dengan aku pun dapat b3. Cuma aku ni je...

Alhamdulillah jugak.Lulus. c5
(the worst result for my SPM)

tapi, kira ok lah. Biasanya aku fail. Makna nye cikgu Y memang hebat. eheh.


--- All and all, cikgu Y memang best... Dia selalu beri peransang dan semangat pada kami masa SPM dan aku sangat berterima kasih pada nya. ---



p/s: maaf ye cikgu, saya malas buat latihan dulu. Tapi, masa amik result, cikgu dah ketuk pale saya kan... hehe... I love u.. ihiks

*wink* *wink*


~ guru2 ku yang berjasa ~


Salamun 'alayk ...

As my friend neutralside said that "ni musim ingat cikgu".

I figured it wouldn't be complete by posting about one teacher.

There are a lot of other teachers in my school who really gave great impact to my life. They all have their own style and way to influence their students.

Tho, a student might end up hatin' them for their way and style. But, once one gets out of the school, and look down to memory lane, they'll just laugh and feel very proud having the chance to study under such teacher. Believe me, i do.

---------------------------------------------

Mari mula mengimbas,

1. Cikgu K ...

Guru yang telah mengajarku Maths ketika form 1 dan Science dari form 4-5 (kalo xsilap la).

Beliau ada method mengajar dan punishment yang ku kira sangat interesting
(mungkin xwajar di sedut masuk ke method pengajaran di sekolah)

Tapi, yang peliknya masa result SPM, ramai dapat A untuk Sains.
(mungkin patut di kaji sebab-musababnya)

Setiap kali masuk kelas, (boleh di kira dengan jari berapa kali) dengan hanya menulis tajuk, beliau akan mula kan syarahannya yang biasanya, tidak mempunyai kaitan dengan tajuk yang di pelajari. Tapi, satu kelas je boleh habis satu bab. (pelik tapi benar)

Aku masih ingat lagi, tyme form 1... Beliau masuk kelas ,

"sebutkan nombor perdana?"

Sorang, sorang pon sebutkan lah nombor perdana ...

Sampai gilirannya si Johnny (bukan nama sebenar)

pangg !!!

Semua terkedu.

Dalam hati aku,

"Ya Allah, garang gile cikgu ni. Mampos lah aku dah la x terer maths".

Salah jawab kena lempang. Baru first klas.

Dah lah masa sekolah rendah ada teacher K and cikgu A yang garang gile mengajar aku Maths.

Setiap kali masuk kelas maths mesti aku terketar2. Kalau tak siap kerja mesti rasa nak ponteng. Ingat kan masuk sek.men dapat la cikgu yang ok sket.

Aku mula menghitung nasib ku...

Mujurlah tidak ade insiden melempang lagi lepas tu. Aku kira, masa first kelas, cikgu nak biar student takut and x main2 dalam kelas dia.

Cuma cerita guru ini tak berhenti di sini je.

Ingatkan dah form 4, method punishment dia akan bertambah baik + bukan lagi mengajar Maths tapi Sains.

Rupa2 nye sesuatu yang dasyat menanti.

"Keluarkan kerja yang saya suruh siapkan"
(kena salin 5 soalan dan jawapan sebanyak 5x untuk sehari... kalau sebulan? mau 750.

aduss... mampos xsiap.

"Ade yang tak siapkan ke? Beratur kat depan"

Maka kita orang pon beratur la...

"Kalau senior dulu, mereka dapat kasut. Saya tak nak lah hukum macam tu kat kamu ..."

huh, selamat ....

tiba2,

"saya bagi ni" sambil mengibar2kan stokin.

huargghhh... dah lah dia kata,

"ni stok pakai sebulan, ye"

Ingatkan cobaan. Tapi, rupa2 nye betul2 terjadi.

Belum kena cium lagi dengan benda alah tu, aku dah rasa nak pitam. Dah la tak bagi tutup hidung. So, last alternative tahan nafas.

Sambil memejam mata... aku redho je kena kipas dengan stokin tuh. *Urghh*

--- All and all, cikgu ni memang best and sporting. Even dia bagi makan stokin namun aku tetap salut dia. Walaupun method dia agak pelik. Tapi, aku dapat skor...huhu. Best2x ---

2. Cikgu Y

bersambung ...

Kenangan lalu

Salamun alayk ...

Tadi, aku berkesempatan untuk ber'chatting dengan seorang sahabat yang aku kira rapat tika di alam persekolahan dahulu kala (macam la dah tua sangat)
Kami bertanya khabar dan saling bertukar cerita tentang keadaan masing2...dan yang paling penting, pasti nya, mengimbau kenangan lama tika berada di sekolah...

Suatu saat yang aku kira cukup bermakna dalam kehidupan aku.

Tak mungkin aku ingin menggantikan walau satu saat pun dari episod itu dari diari kehidupanku...

kerana setiap detik dari episod itu mengajar dan memberi aku peluang untuk mengenal erti hidup ini...

Hari ini setelah sekian lamanya, aku ingin berkongsi cerita tentang seorang guru yang cukup memberi impak dalam kehidupan aku. Cukup lah jika aku menamakannya Mama.

-------------------------------------------

Buat teman2 dari zaman persekolahan yang lalu, tentu kenal dengan mama...namun buat mereka yang pertama kali membaca kisah ini, biar aku menceritakan sedikit 'character' mama.

Dari kaca mata seorang pelajar, mama tentunya seorang guru yang tegas. Amat tegas.

Untuk tidak menyiapkan kerja sekolah yang di beri nya, ku kira, agak mustahil. Kami sanggup bersengkang mata dan mencuri2 masa tidur walaupun cuma bertemankan lampu koridor, untuk menyiapkan kerja yang di beri.

Sebagai seorang penghuni Aspuri, mama pastinya seorang warden yang rumit dan agak sukar untuk di tafsirkan. Peraturan demi peraturan yang di ciptanya sahaja bisa membuat seorang yang waras menjadi gila. (xde la smpi gila sangat pun, aku waras je lagi)

Mama tak berkahwin apatah lagi mempunyai anak walau ada desas-desus yang mengatakan mama sebenarnya sudah berkahwin dan gambar anaknya di simpannya di bilik, aku kira, tiada siapa yang percaya.

Babak2 dari episod kehidupan ku di sekolah dahulu tidak akan lari dari terselitnya mama.

Nak kata bagai isi dan kuku, jauh panggang dari api.

Semua pun maklum mama semacam menyimpan dendam terhadap aku
(mungkin aku je pikir camtu)

Ye lah, mana tak nye asal mama nampak je muka aku ade je lah masalah yang timbul dan kata-kata yang kurang enak yang terlafaz.

"huh, kamu..."
-common word yang selalu terkeluar dari mulutnya.

Yang paling aku tak boleh lupa, ayat yang sinonim dengannya,

"tazah, kalam waahid"

Bila ayat itu terlafaz, maka semua pun maklum, keputusan yang di buat tidak akan di ubah.

Banyak kisah yang berlaku antara aku dan mama. Tak kurang juga konflik yang tercetus sehingga aku mengalirkan air mata.

Yang aku ingat sekali kes tempah makanan kat jaga waktu malam. Form brape tah time tuh, tak ingat.

Pakcik jaga tu repot kat mama yang ade 2 student tempah makanan kat dia. Tapi kata cikgu suruh.

Padahal memang ada cikgu yang mintak jugak and cikgu tu pun ade ngan ktaorg time order tuh. (bengong nye pakcik, sampai skang pon aku ssh nak maafkan)

huh!

So, esok pagi nya masa lalu depan kelas thanawi 2 Abu Bakr, mama panggil aku n JLo (bkn nm sbenar).

" Pak cik jaga tlipon mama. Dia tanya betul ke ade cikgu yang tempah makanan. Mama pelik. Setahu mama kalau cikgu lapar, dia akan keluar beli sendiri sebab ada kereta. Pak cik tu kata ada 2 pelajar yang mintak dia beli kan. Kamu berdua ke?"

Kami cuma menggangguk.

"Mama tak marah kamu mintak pakcik jaga beli kan makanan. Yang mama tak suka dan benci ia lah orang yang menipu ..."

Pang!!!!

Rasa cam kena tampar bertalu-talu ...

nak betulkan kenyataan mama. tapi, JLo suh diam je. dah tu xleh nak defend diri. Cikgu tu pon cam xngaku. Ishk2x...

Yang paling bengangnye, mama cam fokus kat aku je plak tuh...

(EEEEEYYYYY, mmg hangin satu badan)

Namun, semua itu sudah berlalu.

Dahulu aku tak suka mama.

Sedaya upaya cuba menjauh kan diri dari nya ...mendengar suara nya saja perut ku kecut.
Sekarang, aku sangat rindu untuk bertemu dan mendengar omelannya.
(ade skit rasa takut2 jugak)


Seandainya, masa boleh di putar semula inign aku mengambil kesempatan untuk mendekati mama dan mengubah persepsi nya tentang diri ku.

However,despite the worst things which happened to me bcoz of her...

The best thing is, she was and still is, the reason I strive to be the best.

I want to prove to her that im no liar! and im worth the world to be brought into existence and she has no right to look down or not trust me.

and one day, when I've become SOMEONE... i'll come back to her...and say,

"Tengok mama, saya seorang yang berjaya. Terima kasih. kerana mama lah yang meransang saya untuk mencapai kejayaan yang sebegini".

p/s: buat adik2 yang still di mans...guna peluang sebaiknye utk mengenali mama. bukan 'bodek' tapi tunjuk kan rasa sayang dan prihatin pada nye. Akak pasti adik xkan rasa rugi duduk di mans....bagi peluang untuk mama mengenali adik dari adik sendiri..bukan dari mulut org (yang busuk)

akhir kata,

ak syg mama ... ak syg mans... *wink* *wink*

Sunday, April 12, 2009

~ Invitation ~

Salamun 'alayk ...

Berkurun lamanya tidak m'update kan blog ni... kalau rumah di tinggalkan sebigini lama... mesti da bersawang berhabuk dan yang sama zon dengannya lah....

Tapi apa nak buat, masa yang terluang sebelum ni diisi dengan perkara lain...

ape2 pon, entry kali ini di tujukan buat mereka2 yang pernah menuntut di MAAHAD AHMADI NEGERI SEMBILAN

ada prog yang bakal di jalankan dalam bulan 5 ni... harap ramai yang boleh m'offerkan diri tuh.

untuk pertanyaan lanjut,leave a comment,k.


Tarbiyyah Hadharah Falah --> btol ke camnie?hukhuk....

SAYANG MANS.... *wink* *wink*

Tuesday, January 20, 2009

Palestine ...

Salamun 'alayk...

It has been quite some time since I posted my last entry. Today I felt the sudden urged to post a new entry after I read this ridiculously or rather humorously suggestion by a well-known ( I guess) writer in one of the most visited websites on solving the Palestine problem ...

His suggestion was that, to have build a "Palestinian Global Village" in every country across the world.

MAD? I think its rather so...

Why? because to me, his suggestion is to caused the sacrificing of billions of "the deads @ syaheeds" become USELESS n WORTHLESS ...

Every state was suggested to adopt Palestinians and provide them with a piece of land for them to start up developing the so-called Palestinian Global Village ...

I wish to critically analyse this suggestion n make further comments ...

but lets here it from you guys ... check this site for further info on this writer's suggestion ...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/16814/84/

agree with the proposal ???