~Terkadang ku berfikir tatkala bersendirian... layak kah aku di nobat sebagai Khalifah Allah? Layakkah ku menerima gelaran sedemikian rupa? Taklif yang di beri terasa sangat berat... tidak mampu rasanya untuk ku pikul... kerna ku sering mengingkari suruhanNya... sehingga ku sendiri rebah dan tersungkur ke dalam sangkar dosa~ (Diari HuMaiRA 17/11/08)
Salamun 'alayk ...
Pada hari UPSR di umumkan, ummi dan aku bertandang ke rumah makngah. Tujuannya tak lain dan tak bukan, ialah, mengucapkan tahniah kepada sepupuku. Keputusannya walau tidak lah mencapai 5a, namun, ku kira wajar di beri 'kredit' untuk usahanya sepanjang tempoh sebelum UPSR berlangsung.
Kebiasaannya, bila dah bertandang, semestinya akan ada lah 'open table' i.e. membicarakan maslahah negara dan ummah (bukan ngumpat ye...hehe)dan aku lah pendengar setia kepada diskusi2 hangat mereka. Dari hal keluarga hinggalah ke politik Pak Lah.
Tapi,dalam entri kali ini, bukan lah nak bercerita tentang semua perkara yang telah di bicarakan... cuma ingin berkongsi suatu topik yang ku kira sangat menarik.
Masa tu, dalam syok2 berbual dan mendengar, makngah melahirkan kebimbangannya.
Salamun 'alayk ...
Pada hari UPSR di umumkan, ummi dan aku bertandang ke rumah makngah. Tujuannya tak lain dan tak bukan, ialah, mengucapkan tahniah kepada sepupuku. Keputusannya walau tidak lah mencapai 5a, namun, ku kira wajar di beri 'kredit' untuk usahanya sepanjang tempoh sebelum UPSR berlangsung.
Kebiasaannya, bila dah bertandang, semestinya akan ada lah 'open table' i.e. membicarakan maslahah negara dan ummah (bukan ngumpat ye...hehe)dan aku lah pendengar setia kepada diskusi2 hangat mereka. Dari hal keluarga hinggalah ke politik Pak Lah.
Tapi,dalam entri kali ini, bukan lah nak bercerita tentang semua perkara yang telah di bicarakan... cuma ingin berkongsi suatu topik yang ku kira sangat menarik.
Masa tu, dalam syok2 berbual dan mendengar, makngah melahirkan kebimbangannya.
"ape nak jadi dengan dunia kita sekarang... dah lah macam2 penyakit timbul. tengok je lah budak2 zaman sekarang ni... Xde dah rasa malu. Kita yang tengok jadi malu. Dia xde rasa segan pun"
"memang pun... itulah. Dia xsedar... dah macam2 amaran yang Allah dah turunkan. Tapi xcuba nak faham pun" (ummi menambah)
"kaklong, memang ada pun hadith kata, kalau zina berleluasa memang banyak penyakit baru akan muncul!"
---------------------------------------------------
Dan memang betul pun... dah jelas.
Pernah dengar tak sebelum ni pasal chikungunya?
Dulu masa mula-mula abah cerita pasal penyakit ni, kami sekeluarga tergelak.
Kalau ciku tu pernah lah dengar. Tapi, chikungunya...
hurmmm.... memang tak pernah.
So, dengan kemudahan internet, aku pun surf lah kat wikipedia...
Dan memang betul pun... dah jelas.
Pernah dengar tak sebelum ni pasal chikungunya?
Dulu masa mula-mula abah cerita pasal penyakit ni, kami sekeluarga tergelak.
Kalau ciku tu pernah lah dengar. Tapi, chikungunya...
hurmmm.... memang tak pernah.
So, dengan kemudahan internet, aku pun surf lah kat wikipedia...
Chikungunya (in Makonde, ''that which bends up'') virus (CHIKV) is an insect-borne virus, of the genus, Alphavirus, that is transmitted to humans by virus-carrying Aedes mosquitoes. There have been recent outbreaks of CHIKV associated with severe morbidity. CHIKV causes an illness with symptoms similar to dengue fever. CHIVK manifests itself with an acute febrile phase of the illness lasts only two to five days. Followed by a prolonged arthralgic disease that affects the joints of the extremities. The pain associated with CHIKV infection of the joints persists for weeks or months.
Rupanya, chikungunya penyakit bawaan nyamuk. Pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania tahun 1953. Selalunya berlaku di negara2 Afrika je. Namun, sejak kebelakangan ni, ia mula menular di Malaysia. (sumber dari KKM)
Ingat kan nyamuk pembawa ni dari Afrika jugak. Tapi rupanya, dari nyamuk yang sangat 'femes' di kalangan rakyat Malaysia i.e. nyamuk aedes.
Di namakan chikungunya (bahasa dari Afrika) i.e. bengkok, kerana pesakit kebiasaannya akan membengkok. Xmampu nak bergerak dan perlu di papah untuk berjalan. Sehingga kini, penyakit ini tidak mempunyai sebarang vaksin.
Ini sebenarnya bala yang di turunkan Allah pada kita. Dari denggi ke JE sampai sekarang ada chikungunya pula. Sedar atau tidak, semuanya hanya berpunca dari seekor nyamuk!
Selepas ini, pasti akan banyak lagi penyakit lain pula yang wujud sekiranya kita masih berdegil dan engkar akan suruhan dan laranganNya.
Di dalam hadith, dari Abdullah bin Umar r.a;
Rasulullah datang berjumpa kami. Lalu baginda menyampaikan ucapannya:
"Wahai kaum muhajirin! Lima perkara aku memohon perlindungan dengan Allah S.W.T semoga tidak sempat menimpa kamu; (antaranya) tidak merebak perlakuan terkutuk (zina) dalam sesuatu bangsa sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan melainkan merebak jualah taun dan wabak penyakit yang belum pernah berlaku kepada manusia terdahulu"
Astaghfirullah al-azim ...
Rasul sendiri telah mengesahkan bahawa akan merebak penyakit2 yang baru (semestinya mengambil masa untuk mencari penawar) sekiranya zina itu berleluasa.
Inginku peringatkan, zina bukan sahaja bermakna perbuatan terkutuk yang di lakukan lelaki dan perempuan atau mengikut trend terkini sesama jenis, sahaja. Malah tangan, mata, kaki dan hati juga mampu (kekadang tanpa di sedari) melakukan zina.
Apa kita perlu tunggu sehingga banyak lagi penyakit baru yang muncul, baru kita nak sedar dan berubah?
Bala yang di turun kan bukan sahaja kepada mereka yang melakukan dosa malah kita semua pasti akan merasa tempiasnya juga kerana permasalahan ini bukan permasalahan individu, tetapi permasalahan ummah.
Kita perlu sedar.
Kita perlu bijak memainkan peranan dalam 'capacity' masing2.
Kalau kita bersikap diam dan lepas tangan, maka tunggulah azab yang di janjikanNya.
Justeru, mari lah kita sama2 memikirkan penyelesaian kepada permasalahan ini dan sedarlah, bahawa Allah sedang memberi amaran kepada kita!!!
Walau terasa diri ini bukan lah yang layak memberikan peringatan sedemikian rupa. Namun, ku kira, ini sebahagian dari taklif yang perlu di laksanakan.
~wassalam~
3 comments:
and yes this another entry i like...
O Almighty, forgive us...
take u out from all this kinda 'musibah'...
only You, who can give them hidayah...
lead them to Your path...
hari tu...
kat jempol je fam atuk y dok blakang umah nenek ak kna chikungunya tuh...
pastu wan lonek aku pon kena...
sangat seram...heee....
masa nak raya tuh plak...Alhamdulillah...
masih di jauhi penyakit tu dr ktaorg skuarge
ni pkngah kena plak...tp, alhmdllh da beransur pulih...
mak aku pon kne gak arituh...
tu la ...
mule2 dngr nama die mmg nk gelak...
mse ayh ak cte ingtkn die tipu...
Post a Comment