Thursday, September 11, 2008

Best ke di puji?

“Wah,hebat lah…”

“You are the best. Congratulations”.

“Tahniah lah dapat highest mark. Kongsi lah rahsia kejayaan”.

~ Bertalu-talu pujian yang menerjah masuk ke gegendang telinga. Sehingga kembang kuncup lah hidung dan segala yang lainnya. Hati pun mula berbunga-bunga dengan mekarnya tanpa menyedari diri sedang di jangkiti virus yang maha dasyat. Diri terus di tenggelami dengan kata-kata yang mempersona serta mengasyikkan. Sehingga timbul rasa bahawa diri ini lah yang terbaik dan diri ini lah yang lebih arif berbanding yang lain. Sering kali diri di uji dengan situasi sebegini dan sering jua diri ini tersungkur, rebah dan tewas berhadapan dengannya~ (Diari HuMaiRA 12/09/08)


Pernah tak rasa situasi macam ni? Pujian demi pujian di terima. Sampai tak tahu dah nak respond macam mana. Senyum pun dah lain je. Awal2 tu still maintain level of humbleness.Tapi bila dah berbakul2x pujian yang diterima, rasa bongkak, ujub dan takabbur mula menjelma. Bohong lah kalau benci di puji. Paling tidak pun pasti terlintas di hati,

“hebat jugak aku ni ye,”

dan tertawa sendiri. Ha,kan dah meninggi diri.


Maaf. Bukanlah tujuan entri ini untuk mengata sesiapa pun. Cuma sekadar bingkisan buat renungan semua.

Pernah tak dengar?


“Perasaan ujub ibarat pencukur yang mencukur rambut, ia akan mencukur amal kebaikanmu”.


Na’uzubillah…

Tersisa lagi kah amal kebaikan kita selepas habis di cukur ujub?


Sahabat serta diri yang di kasihi,


Orang yang bangga diri atau suka di puji ini mudah sekali untuk terkena penyakit hati.Begitu buruk dan serius nya penyakit hati ini sehingga di dalam kitab Al-Arba’in fi Usul Ad-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa Rasul pernah bersabda,


“Jika seseorang berjalan kepada orang lain membawa sebilah pisau tajam,maka iu lebih baik daripada dia memuji seseorang di depan hidung orang tersebut.”


Dalam bahasa mudahnya, lebih baik ancaman pisau itu daripada memuji seseorang kerana terdapat hadith di mana seorang pernah memuji sahabatnya di hadapan Rasul sehingga baginda bersabda,


Celaka kamu.Kamu telah memotong leher sahabat kamu”


Sampai begitu sekali sabda Rasul junjungan kita.
Ketahuilah wahai teman, hal ini kerana hati menggerakkan segala tindakan. Hati yang sejahtera akan mendorong seluruh anggota melakukan kebaikan. Akan tetapi hati yang rosak akan mendorong kita melakukan yang sebaliknya. Sesungguhnya segala perlakuan jahat dan mungkar itu pada hakikatnya adalah jelmaan dari hati yang fasad. Justeru itulah Rasul mencela mereka yang gemar memuji dan suka pada pujian kerana pujian mampu merosakkan serta mematikan hati seorang mukmin.


Hakikatnya, pujian adalah ungkapan yang agung dan hanya layak di tujukan kepada Yang Maha Kuasa. Semua ayat tentang pujian dalam Al-Quran semata-mata di tujukan untuk Allah kerana sesungguhnya manusia terlalu kerdil untuk memiliki darjat untuk di puji.


Lalu,sekiranya di puji, bagimana? Maka, balik kan lah pujian itu kepad Rabb-Mu atau seperti mana doa Saidina Ali,


‘Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang dia tidak ketahui dan jangan Engkau siksa aku atas apa yang mereka katakan,serta jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka kira’


Sedarlah, andai ada pujian insan buatmu, hal itu terjadi kerana Allah masih sudi dan bermurah hati untuk menutup keaiban kita.


Akhirul kalam,


Renungkanlah sya’ir Arab yang berbunyi,


“Janganlah kamu berjalan atas mukabumi melainkan dengan tunduk tawadhu’.Berapa ramaikah di bawah mukabumi ini kaum dan mereka itu lebih hebat dari kamu” (tapi telah hancur ditelan bumi)


Mahukah kita tergolong di dalam golongan tersebut? Fikir-fikirkan lah…

3 comments:

Anonymous said...

Muhasabah yg bagus. Terasa jugak abg sbb baru je berjaya dlm exam. Dpt gred yg gempak lak tu. Kwn2 puji dan ucap tahniah bertalu-talu. Sekuarng-kurangnya artikel ni boleh sedarkn diri smpena Ramadhan yg mulia ni..

Anonymous said...

"success is a lousy teacher..it seduces smart people into thinking they cant lose.."this phrase can be best illustrated to ur post..so dont ever feel satisfied with ur achievement even if it was ur outstanding result..cause it will make u feel invincible thus unveiling ur true side that u'll never imagine..

Humaira Imtiyaz said...

to anonymous: true,success is a lousy teacher indeed...
u dnt tend to learn lots of things...