Monday, September 8, 2008

Kisah Jibrail a.s dan Rasulullah s.a.w.

Salam to all my friends,

Hari ini dah masuk hari ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa...Seronok nya lah kan.Especially,selepas asar.Berkerumun lah manusia di bazar-bazar yang di buka sempena Ramadhan.
Pelbagai jenis kuih-muih dan makanan yang di jual.Rambang mata juga lah di buatnya.Nak di jadikan cerita,tadi pergi la ke bazar Ramadhan dengan adik.Mula-mula memang dah qasadkan niat dah.
"belanja mesti RM5 je hari ni" (tu pun dah consider banyak kot)
Tapi,al-maklum lah kan.Apabila di goda dengan pelbagai makanan yang bau nye....pehhh, semerbak wangi(sbb pose la kata kan).Ternoda lah niat yang pada awalnya telah di qasadkan...
Semua makanan kelihatan sangat menarik dan mengiurkan
(cantik menarik tertarik aku dah kena bom...)
Air je dah RM2.50 (tapi kongsi 2 org la) belum masuk makanan lagi.
All and all,dekat nak RM20 juga yang telah di dermakan kepada gerai2 yang wujud di situ...
(memang hancur terkubur niatku)

Dan tiba lah waktu yang sangat di tunggu2.Azan Maghrib berkumandang.Dengan sopan nya(sopan la sangat)kami pun berbuka.Seperti yang dah di jangka,minum air je dah cukup untuk mendiamkan perut yang sejak pagi mendendangkan lagu "keroncong kami lapar".Tapi,bila teringat rakyat Palestin,Afghan yang ketandusan makanan,kami sumbat jugalah perut sampai capacity nya dah melebihi load yang di benarkan.(itu la serba sedikit kisah berbuka pada hari ini.Saje je nak cite)

Selesai solat Maghrib,saja la nak baca buku(tambah ilmu ler...hehe).Tiba-tiba terbaca lah satu kisah di antara Rasulullah dan Jibril yang sangat menarik serta menginsafkan diri saya.So,nak kongsi lah dengan semua...
Ceritanya begini,

Kisah ini di terangkan di dalam sebuah hadith, bahawa satu hari telah datang Malaikat Jibril menemui Rasulullah dengan berkata,

"Wahai Muhammad, Allah mengirim salam dan berfirman kepadamu,adakah kamu berasa senang, kalau semua gunung-gunung ini aku jadikan emas untuk kamu dan bersama ke mana kamu pergi?"

Apabila Rasulullah mendengar firman Allah yang di bawa oleh Jibril, maka baginda tunduk dan berfikir sejenak dan kemudian berkata,

bersambung ....

1 comment:

Endofday said...

rm5 to rm20...thats a huge amount haha :P