Thursday, September 11, 2008

Best ke di puji?

“Wah,hebat lah…”

“You are the best. Congratulations”.

“Tahniah lah dapat highest mark. Kongsi lah rahsia kejayaan”.

~ Bertalu-talu pujian yang menerjah masuk ke gegendang telinga. Sehingga kembang kuncup lah hidung dan segala yang lainnya. Hati pun mula berbunga-bunga dengan mekarnya tanpa menyedari diri sedang di jangkiti virus yang maha dasyat. Diri terus di tenggelami dengan kata-kata yang mempersona serta mengasyikkan. Sehingga timbul rasa bahawa diri ini lah yang terbaik dan diri ini lah yang lebih arif berbanding yang lain. Sering kali diri di uji dengan situasi sebegini dan sering jua diri ini tersungkur, rebah dan tewas berhadapan dengannya~ (Diari HuMaiRA 12/09/08)


Pernah tak rasa situasi macam ni? Pujian demi pujian di terima. Sampai tak tahu dah nak respond macam mana. Senyum pun dah lain je. Awal2 tu still maintain level of humbleness.Tapi bila dah berbakul2x pujian yang diterima, rasa bongkak, ujub dan takabbur mula menjelma. Bohong lah kalau benci di puji. Paling tidak pun pasti terlintas di hati,

“hebat jugak aku ni ye,”

dan tertawa sendiri. Ha,kan dah meninggi diri.


Maaf. Bukanlah tujuan entri ini untuk mengata sesiapa pun. Cuma sekadar bingkisan buat renungan semua.

Pernah tak dengar?


“Perasaan ujub ibarat pencukur yang mencukur rambut, ia akan mencukur amal kebaikanmu”.


Na’uzubillah…

Tersisa lagi kah amal kebaikan kita selepas habis di cukur ujub?


Sahabat serta diri yang di kasihi,


Orang yang bangga diri atau suka di puji ini mudah sekali untuk terkena penyakit hati.Begitu buruk dan serius nya penyakit hati ini sehingga di dalam kitab Al-Arba’in fi Usul Ad-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa Rasul pernah bersabda,


“Jika seseorang berjalan kepada orang lain membawa sebilah pisau tajam,maka iu lebih baik daripada dia memuji seseorang di depan hidung orang tersebut.”


Dalam bahasa mudahnya, lebih baik ancaman pisau itu daripada memuji seseorang kerana terdapat hadith di mana seorang pernah memuji sahabatnya di hadapan Rasul sehingga baginda bersabda,


Celaka kamu.Kamu telah memotong leher sahabat kamu”


Sampai begitu sekali sabda Rasul junjungan kita.
Ketahuilah wahai teman, hal ini kerana hati menggerakkan segala tindakan. Hati yang sejahtera akan mendorong seluruh anggota melakukan kebaikan. Akan tetapi hati yang rosak akan mendorong kita melakukan yang sebaliknya. Sesungguhnya segala perlakuan jahat dan mungkar itu pada hakikatnya adalah jelmaan dari hati yang fasad. Justeru itulah Rasul mencela mereka yang gemar memuji dan suka pada pujian kerana pujian mampu merosakkan serta mematikan hati seorang mukmin.


Hakikatnya, pujian adalah ungkapan yang agung dan hanya layak di tujukan kepada Yang Maha Kuasa. Semua ayat tentang pujian dalam Al-Quran semata-mata di tujukan untuk Allah kerana sesungguhnya manusia terlalu kerdil untuk memiliki darjat untuk di puji.


Lalu,sekiranya di puji, bagimana? Maka, balik kan lah pujian itu kepad Rabb-Mu atau seperti mana doa Saidina Ali,


‘Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang dia tidak ketahui dan jangan Engkau siksa aku atas apa yang mereka katakan,serta jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka kira’


Sedarlah, andai ada pujian insan buatmu, hal itu terjadi kerana Allah masih sudi dan bermurah hati untuk menutup keaiban kita.


Akhirul kalam,


Renungkanlah sya’ir Arab yang berbunyi,


“Janganlah kamu berjalan atas mukabumi melainkan dengan tunduk tawadhu’.Berapa ramaikah di bawah mukabumi ini kaum dan mereka itu lebih hebat dari kamu” (tapi telah hancur ditelan bumi)


Mahukah kita tergolong di dalam golongan tersebut? Fikir-fikirkan lah…

Kisah Jibrail dan Rasulullah s.a.w 2

Sambungan kisah...

"Wahai Jibrail, sesungguhnya dunia ini adalah rumah bagi orang yang tidak mempunyai harta dan sesunguhnya dunia ini dikumpulkan dan ditimbunkan oleh orang yang tidak berakal"

Kemudian Jibarail berkata, "Wahai Muhammad, mudah-mudahan Allah menguatkan pendirianmu dengan kata-kata yang pasti"

itu lah dia kisah Rasul junjungan kita...baginda di tawarkan dengan tawaran yang begitu istimewa oleh Allah.Bayangkan, ke mana sahaja pergi,ada emas sebesar gunung menanti...
Bak kata P.Ramlee dalam 3 abdul, "wow,kaya!"
Ini bukan setakat kaya malah lebih dari itu.Bill Gates pun kalah...

Namun,seperti yang kita tahu,Rasul junjungan kita bukanlah dari kalangan yang menginginkan harta kemewahan.Malah jika di tawarkan dunia serta seisinya pun baginda pasti akan menolak.
Jika kekayaan yang diinginkan tentu sahaja baginda dengan mudahnya mampu menjadi jutawan.Tetapi,baginda lebih senang dengan gaya nya yang amat sederhana.
Kalau kita yang di tawarkan sedemikian punya tawaran bagaimana?(tak tercapai maqam tu dek kita)

Siti Aishah R.A pernah berkata,
"sesungguhnya kami adalah keluarga Nabi Muhammad s.a.w pernah sebulan tidak menghidupkan api dapur untuk memasak,yang ada ialah buah tamar dan air sahaja"

MasyaAllah...bayangkan,keluarga pemimpin yang agung tetapi tidak mempunyai makanan selain dari tamar dan air sahaja untuk di jamah...
Astaghfirullah...tersentak saya membaca nya.Kalau tadi makanan budget RM5 pun masih di rasakan sedikit.Inikan pula untuk berbuka dengan tamar dan air?Pasti tak mampu...
Terasa diri ini sungguh kerdil dan hina.

Well dear friends,this is the time for us to change...during this blessed month.Hopefully,we can all change towards something better.

Monday, September 8, 2008

Kisah Jibrail a.s dan Rasulullah s.a.w.

Salam to all my friends,

Hari ini dah masuk hari ke-8 umat Islam menunaikan ibadah puasa...Seronok nya lah kan.Especially,selepas asar.Berkerumun lah manusia di bazar-bazar yang di buka sempena Ramadhan.
Pelbagai jenis kuih-muih dan makanan yang di jual.Rambang mata juga lah di buatnya.Nak di jadikan cerita,tadi pergi la ke bazar Ramadhan dengan adik.Mula-mula memang dah qasadkan niat dah.
"belanja mesti RM5 je hari ni" (tu pun dah consider banyak kot)
Tapi,al-maklum lah kan.Apabila di goda dengan pelbagai makanan yang bau nye....pehhh, semerbak wangi(sbb pose la kata kan).Ternoda lah niat yang pada awalnya telah di qasadkan...
Semua makanan kelihatan sangat menarik dan mengiurkan
(cantik menarik tertarik aku dah kena bom...)
Air je dah RM2.50 (tapi kongsi 2 org la) belum masuk makanan lagi.
All and all,dekat nak RM20 juga yang telah di dermakan kepada gerai2 yang wujud di situ...
(memang hancur terkubur niatku)

Dan tiba lah waktu yang sangat di tunggu2.Azan Maghrib berkumandang.Dengan sopan nya(sopan la sangat)kami pun berbuka.Seperti yang dah di jangka,minum air je dah cukup untuk mendiamkan perut yang sejak pagi mendendangkan lagu "keroncong kami lapar".Tapi,bila teringat rakyat Palestin,Afghan yang ketandusan makanan,kami sumbat jugalah perut sampai capacity nya dah melebihi load yang di benarkan.(itu la serba sedikit kisah berbuka pada hari ini.Saje je nak cite)

Selesai solat Maghrib,saja la nak baca buku(tambah ilmu ler...hehe).Tiba-tiba terbaca lah satu kisah di antara Rasulullah dan Jibril yang sangat menarik serta menginsafkan diri saya.So,nak kongsi lah dengan semua...
Ceritanya begini,

Kisah ini di terangkan di dalam sebuah hadith, bahawa satu hari telah datang Malaikat Jibril menemui Rasulullah dengan berkata,

"Wahai Muhammad, Allah mengirim salam dan berfirman kepadamu,adakah kamu berasa senang, kalau semua gunung-gunung ini aku jadikan emas untuk kamu dan bersama ke mana kamu pergi?"

Apabila Rasulullah mendengar firman Allah yang di bawa oleh Jibril, maka baginda tunduk dan berfikir sejenak dan kemudian berkata,

bersambung ....

All Praise be to Allah


Dear beloved friends...

This would be the 3rd time for me to re-create my blog.Due to some unaccidental problems.InsyaAllah i'll try to re-post the articles i have posted before and as before,I'll try to post as much as educational materials possible rather than promoting my daily life's story...I'm hoping that viewers will enjoy reading my blog and embark new knowledge....I welcome suggestions and critics from others....Feel free to view this humble page whenever u are free.I would also like to take this opportunity to wish all of you "Ramadhan Al-Kareem".May our Ramadhan be blessed by our Mighty Lord. Enjoy this miraculous month as much as u can....

Berkat ketaatan kepada Allah

Salamun'alaik to all my beloved readers...

Juz now,i've read an interesting story about Imam Ahmad and the genie.I thought it would be more interesting if I share the story with all of you.
and it went something like this,

Pada zaman Khalifah Al-Mutawakkil, ada seorang hamba sahaya perempuan yang di rasuk jin. Dia bercakap dan bertindak; semua mengikut kemahuan jin tersebut.Beberapa orang dah cuba untuk halau jin tersebut tetapi gagal.
Tiba-tiba,khalifah ni teringat kepada Imam Ahmad yang sememangnya alim dan taat pada Allah.
Maka khalifah pun mengutuskan seorang teman Imam Ahmad untuk bertemu dengan Imam Ahmad.
Pabila utusan itu bertemu dengan Imam Ahmad,dia pun mengadulah tentang permasalahan yang hadapi Amirul Mu'minin.Imam Ahmad,tanpa banyak bicara,terus mengambil sepasang selipar yang di perbuat dari kayu dan bagi kepada utusan khalifah tersebut.
Beliau suruh utusan itu duduk di sisi hamba yang di rasuk dengan memegang selipar kayu dan beri kata dua pada jin itu agar keluar,kalau tidak, kena pukul 7 kali.
Utusan itu pun balik ke istana dan melaksanakan apa yang di pesan oleh Imam Ahmad.
Mendengar ancaman dari utusan itu, jin itu pun berkata
"Kami mendengar dan taat pada arahan Imam Ahmad.Sekira
nya beliau suruh aku keluar dari negeri Iraq pun aku akan turuti kerana Imam Ahmad seorang yang taat pada Allah"
Jin itu berkata lagi,
"siapa saja yang taat pada Allah,tentu dia ditaati oleh segala sesuatu"

Setelah beberapa masa berlalu Imam Ahmad wafat dan jin yang pernah merasuk hamba sahaya ini datang lagi.Di sebabkan Imam Ahmad ni dah wafat,maka khalifah pun memanggil salah seorang teman Imam Ahmad untuk menghalau jin tersebut.


(di pendekkan cerita)

Teman Imam Ahmad itupun buatlah sebagaimana yang Imam
Ahmad lakukan dahulu.
Rupanya jin itu tahu yang menyuruhnya keluar bukan Imam Ahmad,tetapi hanyalah seorang teman yang tidak setaat Imam Ahmad.Maka jin itu tak mengambil perhatian langsung pada ancaman tersebut.


Interesting right?I also found the story humorous.The genie made fun of Imam Ahmad's friend.I giggled a bit.But,imagine if we were to get rid a of a genie.Do u think it will follow our commands? or would it treat us as it treated the second man in the story?
I stopped giggling upon arriving to this point.

Here,we see that there are 2 categories of man being portrayed.One,a pious man whom all creatures fear off and second,a lesser degree of piousness. Which category would we be in?
It suddenly struck me,how great the reward is given by Allah to the pious people.

They are not just feared but respected by all.Wouldn't we like to be respected?
I know I would love to.
So,come on guys...let's improve our Imaan.
Besides,its Ramadhan and our amaals would be multiplied.
MasyaAllah...

Hurry...don't waste time...let us scare off the genies!