Wednesday, December 17, 2008

New semester ...

Salamun 'alayk ...

22/12/08 = sem baru bagi sesi 2008/2009 akan bermula. Alhamdulillah, rasa jugak bergelar second year. Dari dulu orang tanya manjang first year aje ... hehe

well, this mean its a WELCOME to

new aims,

new struggles,

and new strategies.

last sem's strategies weren't that bad ... (last minute study) huhu

but I know if I push myself hard a lot earlier I could even beat the best student in the faculty (budget je)

I mean, nothing is impossible right?

talking of last sem, im startin' to think what did I do last sem?

was I a nerd? bookworm? contributing much to the society? family? self?

hm...

im not quite sure.

duh~ did I have a wasteful sem,then?

*sigh*

"i've always hated diaries but having a planner would be nice right? I'm getting forgetful of growing younger (if u get what i mean)"

but as they say, there must be something that is truly unable to be forgotten.

and I bet u...

there is ....

our trip to HENRY GURNEY ...

opps, no time left. In my next entry la nampak nya.

until then

... wassalam ...

Dari lubuk hati ibu ....

Salamun 'alayk ...

Setelah sekian lama tidak meng'update' kan blog ini...

Hari ini rasa terpanggil untuk meluangkan masa menukilkan entri baru. Namun, kerana kesuntukan masa serta tahap fizikal dan mental dan kesihatan diri yang tidak mengizinkan...(xdpt ler wat artikel sendiri)

Entri kali ini merupakan artikel yang di ambil dari sebuah buku karya Ustazah Nor Hafizah Musa (bakal di terbitkan) berjudul DARI LUBUK HATI IBU...

Buku ini saya kira memang sangat sesuai di miliki oleh segenap lapisan masyarakat...
kerana saya pasti... kita semua mempunyai ibu,bukan?

dan kita semua pasti pernah bergelar "anak"
walau kita sudah berumah tangga atau bercucu-cicit sebagainya... gelaran anak itu tidak akan pernah luput.

Ikutilah luahan rasa seorang ibu yang mendambakan kesejahteraan buat anaknya di dunia dan akhirat...

A MUST BUY BOOK ...
TRUST ME...ITS MONEY WORTH BUYING...


----------------------------------------------

Di Sini Mulanya….



Malam itu, bulan milik Allah menyimbah sinarnya ke bumi, bintang-bintang yang setia bertasbih memuji Azzawajalla, bertebaran di angkasa. Ada cucu cicit Adam malam itu yang sedang berkaroke, berpacaran, berlumba haram di jalanan atau yang sedang nyenyak tidurnya di atas tilam gebu lagi empuk diselimuti selimut tebal.


Tapi…tak kurang juga…masih ada hamba Allah yang sedar diri, yang tahu dia sangat berhajatkan kepada malam kerana malam itu adalah suatu nikmat dari Allah untuk dia bersunyi-sunyian dengan Allah, bermunajat, berdoa.


Namun anakku, malam yang ibu maksudkan itu sungguh luar biasa bagi ibu kerana ibu tidak berada di tempat yang biasa, sebaliknya ibu berada di dalam bilik empat segi sama, di atas katil empat segi panjang, di kiri kanan ibu ada jarum yang menusuk, ada ubat yang mengalir, ada besi, ada gunting, ada pisau, ada mesin yang merakam nyawa ibu…..ibu sedang bertarung untuk melahirkanmu!








Kesakitan itu telah merayap ke seluruh urat, amat menusuk sendi, menjalar peritnya ke seluruh tubuh ibu.


Pinggang ibu bagai dipulas-pulas. Tiada rehatnya ibu dari kesakitan…tercungap-cungap mencari peluang untuk terus bernafas.Kalau tiada iman…barangkali ibu turut menjerit seperti Letcmi atau Swee Lin di kamar sebelah,


“ Doktor…Misi…tolong saya , gila punya sakit”.


Tapi syukur, Allah beri hidayah…


lalu dalam setiap renjatan kesakitan itu terasa mengalir kasih Allah,


rasa hina pula menerima kemuliaan dari Allah untuk melahirkan seorang lagi hambaNya….


tiada daya ibu menolak kesakitan yang amat itu, kecuali hati terus munajat


"Allahhh...ampunkan dosaku, Ya Allah.
Allahhh..bersihkanlah aku umpama bersihnya bayi yang akan ku lahirkan ini.
Permudahkanlah Ya Allah,
HANYA Engkaulah yang berkuasa mengeluarkan bayi ini dengan kehendakMu”


Bibir ibu sejak sakit mengepung diri , sudah tidak terdaya berkata-kata lagi, hanya hati yang membisikkan kalimah Allah dan kalam suciNya:

“Dan Dialah yang mengeluarkan kamu dari perut-perut ibumu……kemudian Dialah yang memberi kamu pendengaran, penglihatan…"

Dan Allah mengkabulkan, akhirnya, tepat pada masa yang diinginkan Allah..d

engan segala kudrat yang ibu ada…dengan seluruh tenaga ibu yang kian lemah…


biar terpulas urat dan sendi..biar putus urat di sana sini,


biar berplastik darah yang tumpah ke bumi,


biar tak tentu arah lagi denyut jantung ibu, biar naik tinggi tekanan darah ibu,

biar gunting pisau membelah kulit dan daging ibu,


BIAR TERASA NYAWA IBU BAGAI DI HUJUNG TANDUK…


bayi ini harus dikeluarkan dengan selamatnya…bayi ini harus hidup untuk menjadi anak yang soleh, dan dengan jeritan Allahu Akbar…anak yang ibu kandung lebih 9 bulan, dengan tangisan lahir ke muka bumi Allah.


Alhamdulillah….


Aku punya zuriat Ya Allah, kesakitan tadi hilang melihat bayi comel yang berlumuran darah

IBU. Semasa anak dibersihkan…ibu redha daging dan kulit ibu ditempat melahirkan itu dijahit.


Sakitnya mengalir sampai ke saraf kepala. Mengetap bibir, menggenggam erat jari jemari, di control diri supaya kaki tidak sampai menyepak doktor yang sedang menjahit…daging dan kulit!


Malam berikutnya, perut ibu sakit kembali hampir sangat sakitnya seperti awal mahu melahirkan tadi. Tulang-tulang di belakang badan rasanya macam dah reput, sakit berdenyut. Puas ibu tekan perut yang sakit..kata misi, memang sakit sebab rahim nak kecut. Semalaman ibu tidak tidur, akibat sakit yang berdenyut dan anak ibu yang minta didakap dan disusu.


Malam esoknya…ibu demam lagi, kali ini kerana susuan ibu membengkak, jangankan untuk diurut, tersentuh jari pun ibu terkejut sakit. Dalam sakit itu, bersama airmata yang setia

mengalir menahan kesakitan, ibu kuatkan hati, mohon pertolongan Allah, mengetap bibir lagi…


anak ibu mesti menyusu…


biar dia enak, kenyang dan tidur…


ibu ini tak apa-apa menanggung sakit, bersengkang mata dan derita.


Anak-anak,

Inilah pengalaman seorang ibu…yang memang tidak mampu diluahkan oleh kata-kata dan perkataan akan reality sebenarnya. Allah yang Maha tahu dan mengiktiraf kesulitan ini dengan firmanNya :


“ Dan dikandung kamu oleh ibumu dengan penanggungan berbagai-bagai kepayahan, syukurilah Aku dan ibu ayah kamu dan sesungguhnya kepadaKu lah kamu akan kembali”


Anakku sayang,


Sudi kiranya…tatapi dan fahamilah…..sesuatu yang lahir dari lubuk hati ibu ini.


Anakku….

Maaf sayang, kadang-kadang dalam meluahkan perasaan ini ibu kelihatan

dan kedengarannya seperti membebel…berleter lagi. Tapi..terlalu banyak yang nak ibu sampaikan.


Ibu kenal sangat dunia ini, betapa banyak ranjaunya, dunia ini kleihatannya hijau dan ranum

tapi sudah ramai yang kecundang dan tertipu olehnya.

Ibu terkejar-kejar dengan masa…ibu tak tahu berapa lama peluang yang Allah beri pada ibu untuk hidup bersama anak-anak. Ibu tak tahu bila denyut nadi ibu yang terakhir . Terasa semuanya mahu disampaikan di sini…tapi tak mungkin kan?



banyak lagi yang ibu nak sampaikan ... boli lah buku yang original hehe...


Tuesday, November 18, 2008

anda yang mana ???

~ bila lah aku dapat mengecapi ukhuwah seperti kaum ansar dan muhajirin? memberi tanpa mengharap sebarang balasan ... menerima tanpa mengambil kesempatan~ (Diari HuMaiRA 18/11/08)

Salamun 'alayk ...

Recently, I saw a very respectful lecturer of mine in one of the tv progs. He was
involved with the promotion of Kampung Boy cartoon in German.

What amazed me the most was, knowing the fact that he is the Managing Director of ITNM. (if i'm not mistaken)

I felt so excited at the fact I once had the chance to study under this person.

He was and still, always a great lecturer to me whom not only taught about the subject he ought to be teaching, but, also he was and always is the best teacher whom thought me about life.

I like the fact that he always emphasized on the importance of critical thinking.
(and boy, it's really important nowadays; not only to be a good lawyer but also a good muslim)

Apart from that, he liked to share with us stories of the latest books he read. He always made it sound very interesting and I'm glad I did bought the book he recommended (Laskar Pelangi by Andrea Hirata).

And in today's entry I would love to share with you, one of the story he once told us in class.
(I couldn't really remember the exact wording to the story. So, I'll be rephrasing it in my own words)

------------------------------------------

Hari ni saya nak kongsi dengan kamu tentang kisah sahabat saya yang menuntut di salah sebuah negara Arab.

Ada seorang pak Arab ni... kenalan sahabat saya lah. Dia memang minat sangat kat satu jaket nih...

So, setiap hari dia akan kumpul duit semata-mata untuk membeli jaket yang dia suka tu. Bila duit dia dah cukup, dia pun beli lah jaket tu.

Masa dia nak ke masjid, dia pun pakai jaket tu masa solat. (jaket baru lah kata kan... lagi seronok pakai. Bau kedai pun tak hilang)


Habis je solat, para jemaah pun bersalam-salaman. Kawan saya ni bersalaman dengan kenalan Arab dia ni.

Dan memang rasmi orang Melayu agaknya, tak sah kalau tidak memuji. Dia pun puji jaket pak arab ni,

(dlm b.arb la kan)
'' cantik jaket enta lah.... mesti baru beli . bau kedai pun tak hilang lagi ni ''

" enta suka ke jaket ni? "

" mesti lah suka. cantik pulak tuh. mesti mahal kan"

" nak kata mahal tu tak lah sangat. Ana memang dah lama simpan duit untuk beli jaket ni "

" memang berbaloi. cantik betul " (org melayu kalo puji ishkk...kekadang terlampau pun ye)

Pak Arab tu senyum je.

Keesokan hari nya, (di masjid) selesai saje solat. Pak Arab ni datang dekat sahabat saya sambil membawa sebuah hadiah yang di bungkus dengan pembalut yang sangat cantik.
Pak Arab ni hulurkan hadiah tu pada sahabat saya.

" Ini, untuk enta"

" Hadiah apa ni? Susah2 je. Bukan besday ana pun"

" Xpe lah... selama kenal dengan enta, ana tak pernah bagi hadiah,kan. Ambik lah"

Sahabat saya ni pun buka lah hadiah tu...

" eh, ini kan jaket yang enta baru beli. Kenapa bagi ana?"

" kan enta kata enta suka"

" memang ana suka. tapi, enta dah lama nak kan jaket ni. tak sayang ke?"

" ana sayang kan enta lebih dari ana sayang kan jaket ni. Jaket ni ana boleh beli bila-bila masa je. Tapi, persahabatan kita ni tak terbanding dengan sehelai jaket"

----------------------------------------------------

OUCH!

that really hurt...

terharu... termalu pun ye gak...

sampai sekarang... aku masih belum mampu nak sebegitu

bayang kan, kumpul duit nak beli one pair of kasut or baju yang kita memang dah lama target.

Kalau aku, uish ... ampun lah nak main bagi je kalau baru beli. Tunggu dah rahai atau dah muak lah baru orang lain boleh rasa.

Kalau bagi pinjam pun bersyarat manjang ...

tak pun dalam hati mesti terdetik ...

"ishk, de ni ... beli la sendiri" (ade gak la sekelumit rasa ralat)

teringat pula zaman Rasul dulu... betapa hebatnya ukhuwwah ansar dan muhajirin.

Sehingga saudara ansar Abdul Rahman bin Auf r.a. boleh menawarkan isterinya... pilih mana suka.

erk...

anda yang mana ye ???



~ lets change towards the better...
give more, expect less ~